SEJARAH PASUKAN
Ditubuhkan pada tahun 1946, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia. Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 4 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009 dan terbaru 2010.
Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri . Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar. [1]
liga kelantan (piala presiden KAFA)
liga kelantan (piala presiden KAFA)
Pasukan | Tempat |
---|---|
New City FC | Kota Bharu |
Bachok FC | Bachok |
Tumpat FC | Tumpat |
Whitesand FC | Pasir Puteh |
Goldensand FC | Pasir Mas |
Red Land FC | Tanah Merah |
Machangster FC | Machang |
Krai FC | Kuala Krai |
Jeli FC | Jeli |
Wolves FC | Gua Musang |
KETUA JURULATIH
Tahun | Jurulatih |
---|---|
2012 | |
2011-sekarang | |
2009-2010 | |
2009 | |
2008 | |
2008 | |
2007 | |
2007 | |
2005-2006 | |
2003-2004 | |
2001-2002 | |
2000 | |
1999 | |
1996-1997 | |
1994 | |
1993 | |
1992 | |
1991 | |
1989 |