Kehadiran Preah Khan Reach FC pastinya akan merubah lanskap pertandingan dalam kumpulan B yang turut disertai oleh pasukan Kelantan, Kedah, Pahang dan lain-lain.
Sekiranya Kelantan berjaya menundukkan lawan mereka di pusingan pertama dan kedua, besar kemungkinan Kelantan akan berhadapan dengan kelab Kemboja ini di saingan suku akhir nanti.
Preah Khan Reach FC turut berpeluang ke suku akhir jika dilihat pada laluan mereka yang agak mudah berbanding dengan pasukan lain.
Preah Khan Reach FC ialah antara kelab yang terbaik di Kemboja dan menduduki tempat ke 3 pada saingan Liga Kemboja Metfone 2011 dibelakang Phnom Penh Crown dan Nagacorp FC.
Mereka turut memenangi Piala Hun Sen 2011 setelah menundukkan Build Bright United pada perlawanan akhir hasil jaringan penyerang berbahaya mereka iaitu Khuon Laboravy dan Sam El Nasa.
Khuon Laboravy merupakan penjaring terbanyak bagi PKR FC |
Dia juga merupakan penjaring terbanyak dengan 22 gol dalam kejohanan Piala Hun Sen 2011 dalam saingan kalah mati yang melibatkan 28 pasukan daripada seluruh Kemboja.
PKR FC juga turut mempunyai 7 orang pemain yang beraksi dengan pasukan kebangsaan Kemboja termasuk Khuan Laboravy, Sam El Nasa, Tum Saray dan penjaga gol, Ouk Mik.
Kelab ini akan beraksi hanya dalam saingan Piala FA sahaja dan tidak akan terlibat dalam Piala Malaysia dan Liga Super seperti Singapura XI.
Mereka dibenarkan oleh FAM untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai stadium utama dan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh kelab tersebut.
Sumber dan gambar: www.preahkhanreachfc.com
Sumber dan gambar: www.preahkhanreachfc.com
No comments:
Post a Comment
ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr