BADRI RADZI ATAU PIYA
Badri Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja Badri Radzi yang juga dikenali sebagai 'Piya' sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai 'kapten' kepada pasukan Juala Liga Malaysia 2011 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.
Sentuhan Badri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi 'attacking midfielder' pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.
Pemain yang dilahirkan pada 20 september 1984 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadkannya sebagai sejaran untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya.
Badri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaiyu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Malaysia 2011.
NORSHAHRUL IDLAN ATAU MATYO
Norshahrul Idlan Talaha merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Kelantan FA di Liga Super Malaysia.Beliau dikenali sebagai The Linesman. Beliau sering kali mencipta peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol serta tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol !!
Karier Norshahrul bermula dengan mewakili UPB MYTEAM. Kelantan memikat Norshahrul sejurus selepas Norshahrul membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea pda 2009. Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.
DAUDSU JAMALUDDIN
Mohd Daudsu Jamaluddin (lahir pada 18 Mac, 1985 di Kota Bharu, Kelantan) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Kelantan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Daudsu memulakan kerjaya bola sepak bersama skuad Kelantan TNB. Dia kemudiannya menyertai Kelantan FA dimana dia hanya bertahan selama semusim. Daudsu kemudian berhijrah ke Johor dan menyertai Johor FC. Pencapaian terbaik Daudsu bersama Johor FC ialah membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia 2008.
Daudsu membuat penampilan pertama bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 zon Asia menentang Bahrain. Dia merupakan salah seorang tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007. Pada tahun 2008, Daudsu terpilih untuk menentang Chelsea F.C. tetapi tidak diturunkan semasa perlawanan.
Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Malaysia 2011 merupakan antara kejayaan manis Daudsu bersama Kelantan !!
Sedikit sebanyak sumber diambil dr Wikipedia !!
(Kelatesoccer.net)
No comments:
Post a Comment
ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr