
Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Terengganu bakal menjadi pasukan terkuat bagi musim hadapan kerana berjaya mengekalkan pemain utama mereka seperti Ashaari Samsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Joseph Kallang Tie.
Terengganu juga bakal diperkuatkan dengan beberapa 'nama besar' daripada pasukan Harimau Muda A seperti Muslim Ahmad, Shukor Jusoh dan Mohd Zubir Azmi.
Walaupun 'ditinggalkan' oleh jurulatih yang memenangi 'Anugerah Jurulatih Terbaik 2011', Haji Irfan Bakti, namun sang penyu dilihat mempunyai cukup ramuan bagi muncul sebagai pasukan pilihan bagi musim hadapan.
Bagi Kelantan, kepulangan trio Indra Putra, Norfarhan dan Azizie Mat Rose dilihat dapat mengembalikan sengat yang seakan hilang daripada The Red Warriors pada musim lepas.
Jentera serangan Kelantan musim 2012 juga dilihat mampu membawa kejayaan bagi The Red Warriors bersandarkan kemahiran dan potensi yang dimiliki oleh Norshahrul Idlan, Danny Antwi dan Muhammad Ghaddar.
Pertemuan malam esok juga bakal menjadi ujian pertama kepada kedua-dua jurulatih 'baru' yang kembali mengetuai pasukan yang sama-sama pernah mereka kendalikan sebelum ini.
Mat Zan Mat Aris dan Peter James Butler sememangnya mempunyai barisan 'bintang dan pahlawan' yang perkasa dan berupaya untuk mendominasi pentas saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.
No comments:
Post a Comment
ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr