tiga mata penting !



Skuad The Red Warriors perlu bangkit dari lena sekiranya berhasrat untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia kali ini, tiga mata penting pada malam ini harus dikutip bagi mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan C sekaligus mengelak dari tersingkir awal.

Bertemu Sarawak di Kota Bharu adalah peluang terbaik untuk skuad The Red Warriors mencatat kemenangan ketiga apatah lagi Sarawak pernah ditewaskan pada perlawanan pertama tempohari di Kuching dengan jaringan 2 - 0. Tetapi harus diingat bahawa Sarawaksudah pasti diibaratkan sebagai “Bujang Senang Terluka” setelah tewas tiga kali berturut – turut.

Sarawak pasti bermain bersungguh – sungguh pada malam ini kerana peluang untuk mereka melangkah ke peringkat suku akhir masih ada walaupun dilihat agak tipis dan untuk mara, mereka perlu menang ke atas Kelantan seterusnya menang dua perlawanan terakhir dengan jaringan yang besar.
Perlawanan malam ini antara Kelantan melawan Sarawak akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke – IV, Kota Bharu dan juga akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 jam 8.00 malam. Ayuh semua penyokong – penyokong setia The Red Warriors sama – sama memenuhi stadium keramat kita untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita Kelantan The Red Warriors.


 kami anti mercun !

Diharap para penyokong setia The Red Warriors dapat menjaga kelakuan masing – masing dengan menunjukkan disiplin & semangat kesukanan yang tinggi dan tidak membawa barang larangan masuk ke dalam stadium. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!


TRWC SUPPORTERS

No comments:

Post a Comment

ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr