taKd0p Apex ? n0 pr0blem ... maT chaH ad0 ..

Shahrizan Ismail ( Mat Chah )Shahrizan sedia memikul tugas selaku penjaga gol utama Kelantan bagi saingan Piala Malaysia 2011








Ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat ( Apek ) yang bersama dengan pasukan olimpik Malaysia memberi peluang buat penjaga gol kedua Kelantan iaitu Shahrizan Ismail mempamerkan kehebatannya.
Shahrizan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mat Chah sudah tidak asing lagi di kalangan penyokong The Red Warriors kerana kehebatannya menjaga gawang Kelantan terutamanya pada tahun 2008 dan 2009.Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang berusia 31 tahun ini juga telah membantu Kelantan menjuarai Piala Emas Raja Raja pada tahun 2010.

Pada musim ini Shahrizan ismail di turunkan sebanyak 3 kali dalam perlawanan penting ketika bertemu Johor FC ( Pusingan ke 2 Piala FA Kelantan menang 1-0 ), Terengganu ( Liga Super 6 Jun Kelantan menang 3-0 ) dan juga Perak ( Liga Super 14 Jun Kelantan menang 1-0 ) dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan rekod tanpa bolos dalam ketiga tiga perlawanan tersebut.
Justeru itu, para penyokong Red Warriors tidak khuatir dengan ketiadaan Apek ketika saingan awal Piala Malaysia 2011 berlangsung kerana Kelantan mempunyai seorang lagi penjaga gol yang hebat dan berpengalaman iaitu Shahrizan Ismail.
Semoga Shahrizan Ismail terus cemerlang menjaga gawang gol Kelantan untuk saingan Piala Malaysia 2011.


INFO
- Apek tidak dapat mewakili Kelantan dalam 4 perlawanan awal peringkat kumpulan piala malaysia kerana bersama dgn skuad olimpik.
- Penjaga gol piala presiden berkemungkinan akan didaftarkan sebagai penjaga gol kedua Kelantan

No comments:

Post a Comment

ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr