kelantan bru kemenengan perTama ..

Skuad Kelantan FA berpeluang untuk meraih kemenangan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 apabila dijadual bertemu naib juara liga perdana 2011 iaitu Sarawak pada hari Selasa 6 September 2011.
Biarpun beraksi di gelanggang lawan, Kelantan sudah pasti turun menentang habis habisan bagi menjaga reputasi GAH selaku Juara Bertahan Piala Malaysia.
Tanpa kelibat Penjaga Gol utama Khairul Fahmi Che Mat yang mempunyai tugas penting bersama Skuad Olimpik Malaysia, Kelantan tidak berhadapan masalah besar kerana penjaga gol kedua Shahrizan Ismail sama hebatnya dengan Khairul Fahmi.
Di barisan pertahanan pula kemungkinan tiada rombakan besar besaran berlaku dengan Daudsu di beri tugas selaku pertahanan kanan dan pertahanan tengah pula kemungkinan Dato’ M Karathu menurunkan Subramaniam dan Farisham Ismail manakala Pertahanan kiri pula diisi oleh pemain muda Aziz Ismail selepas Zairol Fitree Ishak diketepikan kerana masalah kecederaan yang menimpa ketika perlawanan persahabatan tempohari.
Di barisan tengah pula tidak lain tidak bukan bakal diisi oleh Ketua pasukan iaitu Badhri Radzi ( Piya ) yang akan bergandingan dengan pemain tengah bertahan iaitu Shakir Shaari.
Bahagian sayap kiri sudah pasti menjadi milik Nurul Azwan Roya yang mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim 2011 berlangsung manakala sayap kanan pula Dato’ M Karathu mempunyai DUA pilihan samada menurunkan Chanturu atau K.Soley.
Bahagian serangan Kelantan pula Dato’ M Karathu sudah mempunyai banyak pilihan kerana telah meminjam 2 orang penyerang dari Pahang iaitu Azamuddin Akil dan R.Surendran.
Kemungkinan barisan serangan ini akan memperlihatkan gandingan mantap dua penyerang iaitu penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Md. Akil yang telah menunjukkan prestasi membanggakan ketika dalam perlawanan persahabatan bertemu Kuala Lumpur, Selangor, T.Team dan Songkhla pada Ogos yang lalu.
Dengan barisan pemain yang ada ini InsyaAllah Kelantan akan memperoleh kemenangan pertama di tempat lawan namun usah memandang rendah akan keupayaan pasukan Sarawak kerana pasukan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutama dari jentera serangan yang diketuai oleh Bobby Gonzales yang banyak menjaringkan gol musim ini.
Selamat maju jaya kepada pasukan Kelantan The Red Warriors.Piala Malaysia 2011

No comments:

Post a Comment

ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr