subhanallahh !



perhatikan  bt0l2 gambr ni ..
betapa besar kuasa ALLAH ..

kelate kit0 !

pasukan KELANTAN atau lebih dikenali sebagai THE RED WARRIORS tersenarai dalam ranking 400 kelab terbaik di DUNIA !

kelantan yang menduduki tangga ke-301 itu telah memenangi 3 buah piala pada tahun 2011 iaitu 
PIALA SUMBANGSIH,LIGA SUPER DAN PIALA PRESIDENT YANG DIMENANGI OLEH KUMPULAN JUNIORS ..kelantan juga menyandang selaku naib johan dalm piala fa setelah tewas 2-1 olehh terengganu ..

KEMAHH KELATEKU !
GOMO KELATE GOMO !

sokongan kami zaman berzaman !

bertemu lagi

   suku akhir pertama :
                                   10.10.11
                                     :ssins(gannu)

                                   suku akhir kedua:
                                   :14.10.11
                                   :ssmIV(kelate)





mampukahh terengganu mengulangi kemenangan mereka pada  final piala fa yang lalu ?



mungkinkah dendam sangkijang terhadap sang penyu bakal terbalas ?
sam0 sam0 kit0 tunffu dehh lak0  lak0 terr ..

GOMO KELATE GOMO !
PETEH GANU PETEH !

kelate--> kit0 bak0 berani ..
ganu->sep kit0 nelang ..



ag0p2  team man0 bulehh gi SSBJ tahunn nih ?

WORDLESS SUNDAY

ACU TERA TRY TEST CUBA UJI teng0pp gmbr2 ni dechh..




pemain pinjaman daripada pahang : azzamuddin akil

the kapten !

apekk

nn kita !




penggempurr berbisa kelantan

 ada sedikit perubahan pada jersey away TRW

 menjaringkan gol pertamanya dalam saingan piala malysia ketika menentang sarawak yang berkesudahan seri 1-1

semangat anokk kelate !

kesebelasan utama ketika menentang sarawakk ..
sumber:wawanfaizz

skuad dan pengurusan bola sepak kelantan 2011

mber : 0ren kechikk



sumber ; 0ren kechikk

ultrAs : the red mania







kelantaN kembAli kuAsai cartA !

credit : bolasepak malaysia


walaupun KELANTAN berkongsi mata dengan FELDA UNITED FC,
namun  pasukan timur ini yang lebih dikenali sebagai THE RED WARRIORS merampas kedudukan teratas carta daripada FELDA UNITED dengan perbezaan jaringan ..




Namun pertembungan antara KELANTAN DAN JOHOR FC agak mengecewawkan penyokong penyokong the red warriors yang hanya seri 1-1   .




GOL KELANTAN:AZAMUDDIN AKIL
GOL JOHOR FC:AKMAL MD NOR




Full Time Pusingan Ke-5 Piala Malaysia 2011:
= Sarawak 1 - 0 Felda United FC
= PDRM FA 1 - 4 Selangor
= T-Team 1 - 1 Kuala Lumpur
= Johor FA 1 - 2 Perak
= Johor FC 1 - 1 Kelantan
= Sime Darby 1 - 2 Negeri Sembilan
= PKNS FC 0 - 1 Terengganu
= Kedah 1 - 0 Sabah

Pasukan Yang Sudah Layak Ke Suku Akhir:
= Perak
= Negeri Sembilan
= Terengganu
= Kelantan
= Felda United FC

*copy MALAYSIA NATIONAL FOOTBALL TEAM


MALAYSIA 0-2 JEPUN: KETANGKASAN APEK DI AKUI



KUALA LUMPUR, Kepantasan dan hantaran-hantaran tepat yang dipamerkan pemain Jepun nyata memberi kelebihan untuk mereka melakukan asakan bertali arus, sekaligus berjaya membenam Malaysia 2-0.

Samurai Biru hampir menguasai keseluruhan permainan dalam pertemuan Kumpulan C Zon Asia, Kelayakan Olimpik di Stadium Tosu itu, malah corak yang ditunjukkan mereka memaksa Malaysia bermain secara bertahan.

Separuh masa pertama menyaksikan Jepun mendahului Malaysia 1-0 hasil rembatan Keigo Higashi pada minit ke-10.
Pemain Malaysia melangkah lesu setelah tewas 0-2 kepada Jepun
Pada babak kedua, skuad bimbingan Ong Kim Swee menunjukkan peningkatan untuk mengekang kemaraan Jepun dan jarang-jarang berjaya memecahkan kubu lawan.

Dalam misi Malaysia mencari gol, Ryohei Yamazaki pula muncul menambah jaringan Jepun pada minit ke-76, hasil gerakan cantik di depan pintu gol Malaysia untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. 

Bagaimanapun, Khairul Fami yang juga kapten pasukan pastinya menjadi nama yang disebut-sebut apabila kerap menggagalkan percubaan demi percubaan Jepun.

Paling menarik, pada saat-saat akhir permainan di separuh masa pertama, Khairul Fahmi berjaya menangkis percubaan penyerang Jepun dalam pertemuan satu lawan satu dengan pemain itu.


credit--mugonopak.blogspot.com
AKSI tangkas Khairul Fahmi Che Mat menafikan percubaan bertali arus Jepun ketika tumpas 0-2 pada aksi pembukaan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik London kelmarin membuktikan betapa dirinya wajar dilabel sebagai penjaga gol nombor satu negara ketika ini.


Ketika kemampuannya diragui untuk memikul tugas selaku kapten berikutan masalah peribadi sebelum ini, Khairul Fahmi atau turut dikenali dengan panggilan Apek beraksi cemerlang untuk mengelakkan skuad Samurai Biru berkenduri gol di Stadium Tosu.

Biarpun peminat tanah air menganggap pemain Kelantan itu seperti ‘berseorangan’ menentang asakan Jepun, dia bagaimanapun beranggapan sebaliknya.

Katanya, semua pemain menunjukkan kesungguhan untuk menandingi kehebatan Jepun yang mendominasi keseluruhan permainan.

“Tanpa pemain lain saya akan susah, dalam bola sepak kita berusaha dalam satu pasukan dan saya tidak melihat dua gol dilepaskan itu disebabkan kesilapan pertahanan semata-mata,” katanya.

Khairul Fahmi yang berusia 22 tahun berkata, skuad Jepun yang dibimbing Takashi Sekizuka itu tampil lebih hebat berbanding ketika Malaysia kalah dengan jaringan sama di peringkat kumpulan di Sukan Asia Guangzhou tahun lalu.

“Berbanding di Sukan Asia lalu, permainan mereka lebih hebat semalam (kelmarin) mungkin sebab mereka bermain di tempat sendiri,” katanya.

Apex yang turut dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Australia di Canberra 7 Oktober depan berkata, mereka perlu meningkatkan prestasi sebelum pertemuan dengan Syria dan Bahrain di gelanggang sendiri, November ini.

Malah Malaysia berpeluang menebus kekecewaan itu menerusi aksi timbal balik menentang Jepun di Kuala Lumpur, pada 22 Februari tahun depan.

“Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, antaranya komunikasi antara pemain, tapi saya yakin kami boleh terus memberikan cabaran selepas ini,” katanya.

Khairul Fahmi akan pulang ke pangkuan Kelantan bagi kempen Piala Malaysia sebelum menyertai latihan skuad kebangsaan pada 4 Oktober depan.

SUMBER:METRO

malaysia cUp

  SENARAI PENJARING TERBANYAK PILA MALAYSIA 2011

                                                                             5 GOL
Mohd Khyril Muhymeen (Kedah)

3 GOL
Hairuddin Omar (Negeri Sembilan)
Mohd Failee Mohd Ghazali (Perak)
Mohd Farderin Kadir (Felda United)
Nor Fazly Alias (T-Team)
Shahurain Abu Samah (Negeri Sembilan)
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)
Zainizam Marjan (Sabah)

2 GOL
Abdul Manaf Mamat (Terengganu)
Eddy Helmi Manan (Johor FC)
Mohd Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
Mohd Azuwad Md Arip (Johor)
Mohd Badhri Mohd Radzi( Kelantan )
Mohd Fadli Saari (Selangor)
Mohd Fauzan Dzulkifli (PKNS FC)
Mohd Norfarhan Muhammad (T-Team)
Mohd Shafiq Jamal (Perak)
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Reeshafiq Alwi (Terengganu)

1 GOL
Ashadi Mohd Yusof (Johor)
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
D Saarvindran (Felda United)
Danial Fazly Abdullah (Kelantan)
Joseph Kallang Tie (Terengganu)
K Thanaraj (Sabah)
Mohammad Zamri Hassan (PKNS FC)
Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Mohd Azmi Muslim (Kedah)
Mohd Azrul Ahmad (Felda United)
Mohd Badrul Hisham Azmi (Kuala Lumpur)
Mohd Farid Ramli (Kuala Lumpur)
Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadir (Perak)
Mohd Firdaus Azizul (Negeri Sembilan)
Mohd Fitri Omar (T-Team)
Mohamad Izuan Jarudin (Johor FC)
Mohd Nizam Abu Bakar (Felda United)
Mohd Noraslan Mohd Makhtar (Johor)
Mohd Norhafiszuan Jailani (PKNS FC)
Mohd Norhisham Hassan (PKNS FC)
Mohd Shakir Shaari (Kelantan)
Muhammad Shukor Adan (Negeri Sembilan)
P Rajesh (PKNS FC)
Ramzul Zahini Adenan (Kelantan)
S Chanturu (Kelantan)
Shahrul Azhar Ture (Sabah)
Zairo Anuar Zalani (T-Team)
khrill muhymeen mucul penjaring terbanyak setakat ini
Sumber: Sokernet.com

alkisah K.DEVAN

K.Devan kini seca ra rasminya beliau bukan lagi jurulatih SELANGOR ..

keputusan itu dilakaukan selepas SELANGOR kalah kesemua perlawanan kecuali ketika SELANGOR bertemu dengan PDRM di mana mereka menang 2-0 ..

Keputusan itu diambil apabila "misi 33" pasukan SELANGOR makin hilang dari bayangan peminat serta pemain-pemain pasukan SELANGOR ..
kini tugas k.devan sebelum ini telahpun diambil alih sementara waktu oleh pembantunya P.MANIAM ..

Kini kepercayaan peminat setia SELANGOR bergantung kepada P.MANIAM untuk meneruskan "misi 33" selangor ..


File:SelangorFA.png



MAMPUKAH SELANGOR MENERUSKAN "MISI 33" MEREKA ?

tiga mata penting !



Skuad The Red Warriors perlu bangkit dari lena sekiranya berhasrat untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia kali ini, tiga mata penting pada malam ini harus dikutip bagi mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan C sekaligus mengelak dari tersingkir awal.

Bertemu Sarawak di Kota Bharu adalah peluang terbaik untuk skuad The Red Warriors mencatat kemenangan ketiga apatah lagi Sarawak pernah ditewaskan pada perlawanan pertama tempohari di Kuching dengan jaringan 2 - 0. Tetapi harus diingat bahawa Sarawaksudah pasti diibaratkan sebagai “Bujang Senang Terluka” setelah tewas tiga kali berturut – turut.

Sarawak pasti bermain bersungguh – sungguh pada malam ini kerana peluang untuk mereka melangkah ke peringkat suku akhir masih ada walaupun dilihat agak tipis dan untuk mara, mereka perlu menang ke atas Kelantan seterusnya menang dua perlawanan terakhir dengan jaringan yang besar.
Perlawanan malam ini antara Kelantan melawan Sarawak akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke – IV, Kota Bharu dan juga akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 jam 8.00 malam. Ayuh semua penyokong – penyokong setia The Red Warriors sama – sama memenuhi stadium keramat kita untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita Kelantan The Red Warriors.


 kami anti mercun !

Diharap para penyokong setia The Red Warriors dapat menjaga kelakuan masing – masing dengan menunjukkan disiplin & semangat kesukanan yang tinggi dan tidak membawa barang larangan masuk ke dalam stadium. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!


TRWC SUPPORTERS

juara bertahan sungkur di tangan felda utd 2-0

KELANTAN PERLU BANGKIT !

Pemain Kelantan perlu bangkit dari lena jika masih mahu meneruskan impian mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala Malaysia 2011.

Pertemuan seterusnya dengan Sarawak di Kota Bharu, Ahad ini memerlukan kebangkitan segera dari semua pemain dan pihak kejurulatihan pasukan.

Ketika pasukan pencabar lain sudah menunjukkan penguasaan mereka dalam kumpulan masing-masing, Kelantan pula dilihat merudum jatuh tanpa diketahui sebab musabab.


Kekalahan memalukan kepada Felda United menunjukkan betapa Pahlawan Merah bukan sebuah pasukan kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Bak kata para penyokong, tiada guna bermain cantik jika gagal menjaringkan gol.

Melihat pada komen tersebut, ada asasnya kerana Felda United tidak bermain cantik selain hanya dapat melepaskan empat percubaan sahaja namun dari percubaan tersebut, dua cubaan mereka berjaya membolosi gawang The Red Warriors.

Justeru itu, mahu tidak mahu, para pemain perlu menjadikan Sarawak mangsa kebangkitan dalam saingan Piala Malaysia.

Sang Kijang tidak boleh lagi leka dan lalai selepas ini kerana saingan peringkat kumpulan masih lagi terbuka kepada semua pasukan. Sedikit kesilapan bakal mengundang penyingkiran seawal peringkat kumpulan.

Dari tiga perlawanan yang akan dihadapi, Kelantan perlu mencatatkan pungutan mata maksimum untuk kekal bersaing sehingga ke peringkat terakhir.


 -RedsfcNews-

reKod keLantaN vS feLda uTd

Kelantan akan berkunjung ke Stadium MP Selayang untuk menentang Felda United FC bagi saingan ketiga pusingan pertama perlawanan kumpulan C saingan Piala Malaysia 2011. Kedua – dua pasukan ini telah berjaya mengutip 6 mata maksimum hasil dari dua perlawanan awal. Masing – masing bersaing hebat untuk menduduki carta teratas Kumpulan C. Kini Kelantan berada di atas carta dengan kelebihan jaringan.


Rekod pertemuan Kelantan dilihat agak cemerlang pada tahun ini berbanding pada tahun 2010. Pada tahun 2010, Kelantan tewas 0 – 1 & 0 – 4 kepada Felda United FC dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Kota Bharu & Cheras. Sepanjang enam pertemuan Kelantan dengan Felda United, Kelantan telah mencatat 3 kemenangan, 1 seri & 2 kekalahan. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan – Felda United FC :

Friendly Match 2010 : Kelantan [0] vs [1] Felda United | SSMIV
Friendly Match 2010 : Felda United [4] vs [0] Kelantan | Stadium Cheras


Piala FA 2011 QF1 : Kelantan [2] vs [2] Felda United | SSMIV
Piala FA 2011 QF2 : Felda United [0] vs [3] Kelantan | SSMIV
Liga Super 2011 : Kelantan [6] vs [0] Felda United | SSMIV
Liga Super 2011 : Felda United [1] vs [3] Kelantan | Stadium Cheras



piala fa 2011 : kesebelasan utama

Dengan kemenangan kedua berturut - turut Felda United, Kelantan tidak harus memandang rendah keupayaan “Budak Felda” kerana pasukan ini mampu untuk mengejutkan gergasi – gergasi bolasepak Malaysia kerana dibarisi pemain – pemain yang berpengalaman. Ditambah pula dengan kedua tempohari, sudah pasti “Budak Felda” ingin mengejutkan Juara Liga Super ini seterusnya menamatkan badi kekalahan mereka kepada pasukan Kelantan.


piala fa 2011:kesebelasan utama

Pemain – pemain Kelantan pula harus menjadikan perlawanan menentang Johor FC tempohari sebagai suatu pengajaran berguna untuk bertemu Felda United malam ini, kerana nyaris diaibkan “Sang Lebah” sebelum Ramzul Zahini Adenan tampil menyelamatkan Kelantan dengan gol kemenangan beliau pada minit – minit akhir perlawanan untuk perlawanan berkesudahan Kelantan menang tipis 2 – 1.

Tiga mata pada malam ini menjadi buruan kedua – dua pasukan untuk menentukan calon pendahulu kumpulan bagi meneruskan saingan pusingan kedua dalam Kumpulan C. Perlawanan malam ini antara Felda United FC melawan Kelantan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 pada jam 8.00 malam.

live at ASTRO ARENA

Ayuh semua penyokong – penyokong setia The Red Warriors yang berada di sekitar Lembah Klang agar ramai - ramai memenuhi Stadium Selayang untuk menyokong pasukan kesayangan kita Kelantan The Red Warriors. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!!




Foto : Wawan Faiz, Userun Photography
Graphic Wallpaper : Md Ery Studio, Astro Arena
Ditulis oleh : Nick Hafiz


credit-->  TRWC SUPPORTERS

kami sedia pertahan gelaran


MESKIPUN dihimpit masalah penjaga gol, penyandang juara, Kelantan sudah bersedia memulakan kempen Piala Malaysia musim ini.
Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu berkata, sesi latihan yang bermula Jumaat lalu selepas sambutan Aidilfitri digunakan sebaik mungkin dalam memantapkan skuad The Red Warriors.
Menurut beliau, segala persiapan berjalan dengan lancar dan barisan pemainnya berada pada tahap terbaik menjelang aksi sulung menentang Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching malam ini.
"Kami perlu menang dalam perlawanan pertama bertemu Sarawak. Ini penting sebagai bekalan semangat bagi mengharungi saingan peringkat kumpulan selepas ini.
"Begitupun, saya tidak mahu mengambil mudah perlawanan dengan Sarawak.
"Walaupun mereka beraksi dalam saingan Liga Premier, tetapi kemampuan pasukan itu tidak boleh dipandang rendah," kata Karathu semalam.
Karathu memberitahu, saingan Piala Malaysia berbeza dengan kempen Liga Super dan setiap pasukan pasti menampilkan aksi yang berbeza dalam cabaran kali ini.
"Setiap pasukan yang bertemu dengan Kelantan pasti akan bermain mati-matian dan cuba untuk menewaskan kami.
"Jadi sebagai juara Liga Super dan Piala Malaysia, kami harus tinggalkan gelaran tersebut buat seketika, sebaliknya bekerja dengan lebih keras.
"Saya mahu pemain mempamerkan aksi terbaik dan memberikan tumpuan sepenuhnya serta bermain sebagai satu pasukan sepanjang perlawanan berlangsung bagi memastikan kita berada pada landasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, jurulatih yang kaya dengan pengalaman itu memberitahu, kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan kecuali Zairul Fitree Ishak dan R. Surendran.
"Zairul Fitree semakin pulih, tetapi masih belum dapat beraksi, jadi saya akan tunggu sehingga dia pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya.
"Surendran masih lagi bergelut dengan kecederaan. Saya harap dia mampu pulih dalam masa terdekat untuk membantu kita dalam saingan kali ini," katanya.
Mengulas mengenai jentera serangan, Karathu berkata, penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha semakin menampakkan keserasian bersama gandingan baharunya, Azammuddin Mohd. Akil.
"Saya gembira melihat perkembangan ini, kedua-dua pemain semakin serasi dan ini memudahkan kerja saya untuk memperkemas dan mempertajam lagi jentera serangan pasukan bagi saingan kali ini," jelasnya.Piala Malaysia 2011

k0smo !

kelantan bru kemenengan perTama ..

Skuad Kelantan FA berpeluang untuk meraih kemenangan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 apabila dijadual bertemu naib juara liga perdana 2011 iaitu Sarawak pada hari Selasa 6 September 2011.
Biarpun beraksi di gelanggang lawan, Kelantan sudah pasti turun menentang habis habisan bagi menjaga reputasi GAH selaku Juara Bertahan Piala Malaysia.
Tanpa kelibat Penjaga Gol utama Khairul Fahmi Che Mat yang mempunyai tugas penting bersama Skuad Olimpik Malaysia, Kelantan tidak berhadapan masalah besar kerana penjaga gol kedua Shahrizan Ismail sama hebatnya dengan Khairul Fahmi.
Di barisan pertahanan pula kemungkinan tiada rombakan besar besaran berlaku dengan Daudsu di beri tugas selaku pertahanan kanan dan pertahanan tengah pula kemungkinan Dato’ M Karathu menurunkan Subramaniam dan Farisham Ismail manakala Pertahanan kiri pula diisi oleh pemain muda Aziz Ismail selepas Zairol Fitree Ishak diketepikan kerana masalah kecederaan yang menimpa ketika perlawanan persahabatan tempohari.
Di barisan tengah pula tidak lain tidak bukan bakal diisi oleh Ketua pasukan iaitu Badhri Radzi ( Piya ) yang akan bergandingan dengan pemain tengah bertahan iaitu Shakir Shaari.
Bahagian sayap kiri sudah pasti menjadi milik Nurul Azwan Roya yang mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim 2011 berlangsung manakala sayap kanan pula Dato’ M Karathu mempunyai DUA pilihan samada menurunkan Chanturu atau K.Soley.
Bahagian serangan Kelantan pula Dato’ M Karathu sudah mempunyai banyak pilihan kerana telah meminjam 2 orang penyerang dari Pahang iaitu Azamuddin Akil dan R.Surendran.
Kemungkinan barisan serangan ini akan memperlihatkan gandingan mantap dua penyerang iaitu penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Md. Akil yang telah menunjukkan prestasi membanggakan ketika dalam perlawanan persahabatan bertemu Kuala Lumpur, Selangor, T.Team dan Songkhla pada Ogos yang lalu.
Dengan barisan pemain yang ada ini InsyaAllah Kelantan akan memperoleh kemenangan pertama di tempat lawan namun usah memandang rendah akan keupayaan pasukan Sarawak kerana pasukan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutama dari jentera serangan yang diketuai oleh Bobby Gonzales yang banyak menjaringkan gol musim ini.
Selamat maju jaya kepada pasukan Kelantan The Red Warriors.Piala Malaysia 2011

taKd0p Apex ? n0 pr0blem ... maT chaH ad0 ..

Shahrizan Ismail ( Mat Chah )Shahrizan sedia memikul tugas selaku penjaga gol utama Kelantan bagi saingan Piala Malaysia 2011








Ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat ( Apek ) yang bersama dengan pasukan olimpik Malaysia memberi peluang buat penjaga gol kedua Kelantan iaitu Shahrizan Ismail mempamerkan kehebatannya.
Shahrizan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mat Chah sudah tidak asing lagi di kalangan penyokong The Red Warriors kerana kehebatannya menjaga gawang Kelantan terutamanya pada tahun 2008 dan 2009.Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang berusia 31 tahun ini juga telah membantu Kelantan menjuarai Piala Emas Raja Raja pada tahun 2010.

Pada musim ini Shahrizan ismail di turunkan sebanyak 3 kali dalam perlawanan penting ketika bertemu Johor FC ( Pusingan ke 2 Piala FA Kelantan menang 1-0 ), Terengganu ( Liga Super 6 Jun Kelantan menang 3-0 ) dan juga Perak ( Liga Super 14 Jun Kelantan menang 1-0 ) dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan rekod tanpa bolos dalam ketiga tiga perlawanan tersebut.
Justeru itu, para penyokong Red Warriors tidak khuatir dengan ketiadaan Apek ketika saingan awal Piala Malaysia 2011 berlangsung kerana Kelantan mempunyai seorang lagi penjaga gol yang hebat dan berpengalaman iaitu Shahrizan Ismail.
Semoga Shahrizan Ismail terus cemerlang menjaga gawang gol Kelantan untuk saingan Piala Malaysia 2011.


INFO
- Apek tidak dapat mewakili Kelantan dalam 4 perlawanan awal peringkat kumpulan piala malaysia kerana bersama dgn skuad olimpik.
- Penjaga gol piala presiden berkemungkinan akan didaftarkan sebagai penjaga gol kedua Kelantan

apEx tidak akN bErsama kelAntan ...

Khairul Fahmi ada tugas lebih penting: Kim Swee

CABARAN Kelantan dalam kancah Piala Malaysia, musim ini tersentak apabila penjaga gol utama mereka, Khairul Fahmi Che Mat tidak dibenarkan beraksi ketika dinilai peranannya lebih penting untuk skuad Olimpik.
Ini berikutan keputusan jurulatih skuad Olimpik, Ong Kim Swee enggan melepaskan ayam tambatan pasukan itu beraksi apabila kejohanan paling berprestij negara itu bermula Selasa.
Pengendali itu beranggapan dia ada misi lebih penting mencanang pasukan mantap berdepan Jepun pada perlawanan pertama pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Fukuoka, Jepun, pada 21 September ini.

“Saya faham situasi sesetengah pasukan termasuk Kelantan yang kekurangan pemain, namun buat masa ini semua pemain dalam pasukan Olimpik negara mempunyai misi yang lebih penting,” katanya.

Dia menambah Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) perlu mencari alternatif mendapatkan penjaga gol lain. Hujahnya pemain dalam skuad sudah berkorban selama sebulan terbabit dalam perlawanan persahabatan di Slovakia dan adalah tidak wajar pemain meninggalkan latihan skuad begitu sahaja.

Kelantan, selaku juara bertahan Piala Malaysia, diundi bersama Johor FC, Kuala Lumpur, Felda United dan Sarawak dalam Kumpulan C.
Kelantan sebelum ini dilaporkan bakal kehilangan dua penjaga gol serentak iaitu penjaga gol veteran, Mohd Halim Napi dan Norhadi Ubaidillah kerana masing-masing dibelenggu kecederaan.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tidak cepat melatah dan menganggap perkara itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada cabaran The Red Warriors.

“Ketiadaannya (Apek) tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kami. Kami masih ada Mat Shah malah kami juga akan memanggil penjaga gol skuad Piala Presiden menyertai latihan bersama pemain senior dan sedia menggunakan khidmat mereka sekiranya keadaan terpaksa dalam kempen Piala Malaysia kali ini,” katanya.

Kita Dalam Bahaya ?

Khairul Fahmi  Che Mat dengan tanggungjawabnya bersama skuad Olimpik, penjaga gol veteran, Halim Napi mengalamai kecederaan begitu juga penjaga gol muda, Norhadi Ubaidillah menjadikan Shahrizan Ismail penjaga gol tunggal yang dimiliki pasukan Kelantan menjelang aksi pembukaan saingan Piala Malaysia beberapa hari lagi.

Kini kem Kelantan dalam dilema, walaupun Mohd Shahrizan Ismail masih tangkas namun sekurang-kurangnya 2 orang penjaga gol wajib didaftarkan oleh setiap pasukan untuk saingan Piala Malaysia nanti, Kelantan dah cuba minta pelepasan dari FAM untuk mendapatkan khidmat penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat, tetapi permohonan itu ditolak, apa harus dilakukan ?

Tidak dinafikan, pasukan Piala Presiden Kelantan mempunyai 2 penjaga gol yang mempamer aksi menarik dalam saingan Piala Presiden. Syazwan dan Jud Tanna, tetapi mampukah mereka mempamerkan aksi sama jika diserapkan ke skuad utama ? Kerana apa yang nyata ialah saingan Piala Malaysia jauh berbeza dengan saingan Piala President sudah cukup pengalamankah mereka ini ?

Altenatif lain ialah bawa masuk seorang penjaga gol secara pinjaman memandangkan Kelantan baru mendapatkan 2 pemain pinjaman dari kuota 3. Tapi seperti dinyatakan oleh pengurus pasukan, Haji Azman Ibrahim, Kelantan menghadapi kesukaran untuk mencari penjaga gol yang betul-betul 'fit' dalam masa yang singkat ini, tambahan pula ia musim perayaan.

Kesimpulanya, jalan terbaik ialah, serap salah seorang penjaga gol Piala Presiden untuk menjadi 'back-up' kepada Mohd Shahrizan Ismail andai kata beliau mengalami kecederaan atau pun penggantungan perlawan, lupakan sebentar soal pengalaman                                                    .








credit-->  shamil10

olee olee olee oleee olee ....

aduyAii ....
 KAFA lepas ke tak KFCM nieyh ?
kit0rang @ bd0k kelate bukan ape ..
kalau tak nak kasi itu apek lepas ..
just tell us ..
kalau lepass lagi bagusss ..(^_^) hehehheee~
0limpik ..4 ta0n sekali ..
malaysia cuP setah0n sekali ..
mane lebiyh penting ? ( tahu sangat ..k0rang mesti ch0ose 0limpikk )

kit0rang cuma tak0t kalau2 mat chah injured macam mane ?
tak kan nak suruh s.chanturu mas0k ganti lakk ?
tak pe2 ..
pendapat saya ..
keeper president p0n b0leyh ..
mat chah dah ada  banyak pengalaman ..
insya-ALLAH die tak kan injured ..
sama2 la kita d0akan erk ~

gomo kelate gomo !

saya ikhlass

saya cakap ni btol2 dari hati saya kak ,
saya ikhlas..
saya tak sangka pulakk perangai die macam tuu ..
ade jugakk 0rang yang kutuk-kutuk akak yg konon-kononnya
yang akak ni kaki kikis betol ke ?
jujur saya cakap saya tak percaya ..
untuk orang yg baru follow blog akak mungkin percaya akn kata2 si MULUT LONGKANG tu ..
saya memang tak percaya sebab saya daa follow lama dah blog akak ..
tak pe laa kak .. ade orang panggil akak DEBAB ,TONG GAS,SI ANAK GAJAH ..
and else ..


kesian akak ..
best freind saya ni minat gile laa ngan ex-tunang akak tu ..
tapi bile dapat tau akak putus tunang ngan die ..
dekat 2 hri gakk dia dah tak cakap pasal bola ..
sian saya teng0pp kawan saya ..
bila kitorang cakap pasal cite akak ngan ex-tunang akak tuu ..
skejap dia back up akak ,pastu back up ex-tunang akak ..
saya tak tau arhh ..
kesian dia .. dalam kelass kit0rang,dia la yang paling fanatik ngan fo0tball ..
kalau ade cerita terbaru .. kadang2 dia yg sampaikan,kadang2 saya yang sampaikan..
stakat ni laa ..
saya back up kakak ..
maseh ramai lagi yg still back up kakak ..


--> credit to JEJARIRUNCING .BLOGSPOT.COM(kak elia)


p/s : bl0g akak best ..  :]