profil sek-sek dyo


BADRI RADZI ATAU PIYA

Badri Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja Badri Radzi yang juga dikenali sebagai 'Piya' sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai 'kapten' kepada pasukan Juala Liga Malaysia 2011 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.
Sentuhan Badri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi 'attacking midfielder' pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.
Pemain yang dilahirkan pada 20 september 1984 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadkannya sebagai sejaran untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya.
Badri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaiyu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Malaysia 2011.


NORSHAHRUL IDLAN ATAU MATYO
Norshahrul Idlan Talaha merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Kelantan FA di Liga Super Malaysia.Beliau dikenali sebagai The Linesman. Beliau sering kali mencipta peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol serta tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol !!
Karier Norshahrul bermula dengan mewakili UPB MYTEAM. Kelantan memikat Norshahrul sejurus selepas Norshahrul membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea pda 2009.  Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.


DAUDSU JAMALUDDIN
Mohd Daudsu Jamaluddin (lahir pada 18 Mac1985 di Kota BharuKelantan) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Kelantan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Daudsu memulakan kerjaya bola sepak bersama skuad Kelantan TNB. Dia kemudiannya menyertai Kelantan FA dimana dia hanya bertahan selama semusim. Daudsu kemudian berhijrah ke Johor dan menyertai Johor FC. Pencapaian terbaik Daudsu bersama Johor FC ialah membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia 2008.
Daudsu membuat penampilan pertama bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 zon Asia menentang Bahrain. Dia merupakan salah seorang tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007. Pada tahun 2008, Daudsu terpilih untuk menentang Chelsea F.C. tetapi tidak diturunkan semasa perlawanan. 
         Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Malaysia 2011 merupakan antara kejayaan manis Daudsu bersama Kelantan !!


Sedikit sebanyak sumber diambil dr Wikipedia !!
(Kelatesoccer.net)

Hari Ini : Kelantan Vs Terengganu

selepas kelantan tewas pada aksi Unity Cup baru-baru ini ..
kelantan akan mengadakan perlawanan bersama terengganu  ..

Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Masa : 8.40

kemungkinan besar pemain-pemain akan bermain dengan Jersi baru dan semangat baru !! (cehh)
              

 GOMO KELATE GOMO

jangan bersorak ketika menang jika tidak mampu menyokong ketika tewas !

KENALI PREAH KHAN REACH FC, BAKAL LAWAN KELANTAN DI PIALA FA 2012

*credit : MG 


         FAM memutuskan untuk meluluskan permohonan sebuah kelab Kemboja, Preah Khan Reach FC untuk beraksi dalam saingan Piala FA 2012 bagi menggantikan pasukan Harimau Muda B.

Kehadiran  Preah Khan Reach FC pastinya akan merubah lanskap pertandingan dalam kumpulan B yang turut disertai oleh pasukan Kelantan, Kedah, Pahang dan lain-lain.

Sekiranya Kelantan berjaya menundukkan lawan mereka di pusingan pertama dan kedua, besar kemungkinan Kelantan akan berhadapan dengan kelab Kemboja ini di saingan suku akhir nanti.

Preah Khan Reach FC turut berpeluang ke suku akhir jika dilihat pada laluan mereka yang agak mudah berbanding dengan pasukan lain.

Preah Khan Reach FC ialah antara kelab yang terbaik di Kemboja dan menduduki tempat ke 3 pada saingan Liga Kemboja Metfone 2011 dibelakang Phnom Penh Crown dan Nagacorp FC. 

Mereka turut memenangi Piala Hun Sen 2011 setelah menundukkan Build Bright United pada perlawanan akhir hasil jaringan penyerang berbahaya mereka iaitu Khuon Laboravy dan Sam El Nasa.

PREAH KHAN REACH LAND HUN SEN CUP 2011
Khuon Laboravy merupakan penjaring terbanyak bagi PKR FC
Khuon Laboravy merupakan bintang dan penyerang utama PKR FC serta  berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring kedua terbanyak Liga Kemboja Metfone dengan 14 gol.

Dia juga merupakan penjaring terbanyak dengan 22 gol dalam kejohanan Piala Hun Sen 2011 dalam saingan kalah mati yang melibatkan 28 pasukan daripada seluruh Kemboja.

PKR FC juga turut mempunyai 7 orang pemain yang beraksi dengan pasukan kebangsaan Kemboja termasuk Khuan Laboravy, Sam El Nasa, Tum Saray dan penjaga gol, Ouk Mik.

Kelab ini akan beraksi hanya dalam saingan Piala FA sahaja dan tidak akan terlibat dalam Piala Malaysia dan Liga Super seperti Singapura XI.

Mereka dibenarkan oleh FAM untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai stadium utama dan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh kelab tersebut.

Sumber dan gambar: www.preahkhanreachfc.com

KIJANG VS PENYU: KELANTAN BAKAL MENGUJI PASUKAN 'TERBAIK' MALAYSIA

                                                                                                         *credit : mugonopak


         Kelantan akan mengakhiri sesi perlawanan persahabatan pra musim Liga Super Malaysia dengan menentang juara Piala FA, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada 31 Disember ini.

Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Terengganu bakal menjadi pasukan terkuat bagi musim hadapan kerana berjaya mengekalkan pemain utama mereka seperti Ashaari Samsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Joseph Kallang Tie.

Terengganu juga bakal diperkuatkan dengan beberapa 'nama besar' daripada pasukan Harimau Muda A seperti Muslim Ahmad, Shukor Jusoh dan Mohd Zubir Azmi.

Walaupun 'ditinggalkan' oleh jurulatih yang memenangi 'Anugerah Jurulatih Terbaik 2011', Haji Irfan Bakti, namun sang penyu dilihat mempunyai cukup ramuan bagi muncul sebagai pasukan pilihan bagi musim hadapan.

Bagi Kelantan, kepulangan trio Indra Putra, Norfarhan dan Azizie Mat Rose dilihat dapat mengembalikan sengat yang seakan hilang daripada The Red Warriors pada musim lepas.

Jentera serangan Kelantan musim 2012 juga dilihat mampu membawa kejayaan bagi The Red Warriors bersandarkan kemahiran dan potensi yang dimiliki oleh Norshahrul Idlan, Danny Antwi dan Muhammad Ghaddar.

Pertemuan malam esok juga bakal menjadi ujian pertama kepada kedua-dua jurulatih 'baru' yang kembali mengetuai pasukan yang sama-sama pernah mereka kendalikan sebelum ini.

Mat Zan Mat Aris dan Peter James Butler sememangnya mempunyai barisan 'bintang dan pahlawan' yang perkasa dan berupaya untuk mendominasi pentas saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

apexx oh apexx - masukk GLAM la pulokk !

 * uduh banga .. hahah jange amrohh



KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat. Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.
Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012. Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang. Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk edisi khas Januari/Februari ini.
Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.
Perkembangan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, Apex pernah dilaporkan seolah-olah ingin bersara awal dari karier bola sepak setelah dihujani pelbagai kontroversi yang membabitkan diri dan aktiviti sosialnya. Persoalannya, apakah Apex benar-benar serius dengan kenyataan ‘merajuk’ tersebut dan beralih arah ke bidang peragaan?
Jika benar, apakah negara dan skuad Harimau Malaya bakal kehilangan seorang penjaga gol yang sangat berpotensi serta berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat?
Namun,  Apex telah membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi fenomena dan memiliki ‘aura’ yang berjaya menarik ramai pihak untuk terus menyokongnya, khususnya setelah mempertahan dan menewaskan skuad Garuda di tempat lawan pada Sukan Sea di Indonesia baru-baru ini.

--> info dari sumber NI

PERSEBAYA FC MAHU KHAIRUL FAHMI CHE MAT DITURUNKAN RABU INI

                                                                                                        *credit : mugonopak


*aksi khairul fahmi ketika menyelamatkan tendangan penalti di sukan sea palembang






Ketibaan pasukan Kelantan telah diberikan sambutan yang meriah dan mesra oleh penyokong-penyokong serta pegawai pasukan Persebaya FC sebentar tadi.

Antara pemain yang mendapat perhatian utama media dan penyokong Persebaya ialah penjaga gol kebangsaan, Khairul fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan penyerang import, Muhammad Ghaddar.

Pegawai perhubungan awam Persebaya FC, Ram Surahman menyatakan bahawa Khairul Fahmi Che Mat amat dikenali oleh peminat bola sepak di Indonesia sebagai salah seorang penjaga gol yang terbaik di rantau ini.

Beliau mengharapkan agar Khairul Fahmi dapat diturunkan pada aksi menentang Persebaya nanti setelah dia direhatkan ketika perlawanan pertama di Kota Bharu.

Khairul Fahmi merupakan penjaga muda dari pasukan kelantan yang telah membantu pasukan kebangsaan Malaysia menundukkan pasukan kebangsaan Indonesia senior dan bawah 23 tahun di kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dan perlawanan akhir Sukan Sea Palembang 2011.

Ironinya, Khairul Fahmi telah muncul sebagai penyelamat gawang Malaysia dengan menyelamatkan sepakan penalti pemain Indonesia di kedua-dua kejohanan tersebut.

Sudah semestinya kelibat Khairul Fahmi bakal dinantikan oleh penyokong fanatik Persebaya dan mereka akan mengharapkan supaya pemain Persebaya seperti Andik Vermansyah dan lain-lain supaya berusaha lebih keras untuk menembusi gawang Pasukan Kelantan.










don't worry la beb ..

haritu , bising sana sini yang kononnye SAFEE SALI tak boleh maen bola ngan malaysia lagi ..
rilexx laa , 
baca kat bawahh ni dulu ..

sebelom tu , tarik nafas , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus .. *ulang ni semua sampai korang rasa emput ..hehehe

Jangan Risau peminat-peminat bolasepak malaysia...Safee Sali masih boleh main bersama Malaysia ini infonya..

INFO: mengenai ISU ''SAFEE SALI'' bermain di liga indonesia ISL=INDONESIA SUPER LEAGUE yang tak di iktiraf PERSATUAN BOLASEPAK INDONESIA (PSSI)..harap semua bawa tenang dan jangan cepat buat andaian atau kesimpulan SEBAB ..SAFEE SALI masih boleh bermain mewakili MALAYSIA sebab :

FAKTA YANG PERLU RAKYAT MALAYSIA FAHAMI

ISL pada mula nya adalah LIGA RASMI di INDONESIA...sebelum WUJUD IPL=INDONESIA PRIMIER LEAGUE..dulu yang tak rasmi adalah IPL

sejak ddi lantik ketua PSSI yang baru DJOHAR ARIFFIN...dulu beliau dan ''konco'' nya yang menubuhkann IPL (liga tidak rasmi) walaupun pada masa itusudah ada ISL yang rasmi

ssetelah beliau jadi ketua PSSI yang baru...IPL liga yang dia tubuhkan di jadikan RASMI..dan ISL dia''black list''

sebab kenapa beliau dahulu menubuhkan IPL adalah kerana masa itu ISL penuh dengan masalah..jadual selalu berubah..kelolaan tidak teratur..pengadil juga teruk..sampaikann salah satu kelab di sana PERSIB BANDUNG yang pada masa itu bermain di ISL (ligarasmi sebelum DJOHAR ARIFFIN jd ketua) membuat surat untuk mmenyewa pengadil luar..dan 2 org pengadil malaysia di datangkann untuk mengadili perlawanan di sana 3x..

mereka-mereka yang menubuhkan IPL..dengan alasan untuk mewujudkan liga yang profisional dan adil..ssebab masa itu ISL (liga rasmi) banyak masalah dan lebih2 lagi hampir semua kelab ISL pdd masa itu bergantung pada DUIT PEMERINTAH=DUIT RAKYAT a.k.a APBN (isitilah di sana)..

IPL di tubuhkan untuk memperbaiki semua itu...

setelah DJOHAR ARIFFIN jd ketua..dia jadikan IPL=RASMI dan ISL=TIDAK RASMI

mengenai SAFEE SALI...dia sudah terlebih dahulu mewakili kelab PELITA JAYA sebelum DJOHAR ARIFFIN naik menjadi ketua dan ketika itu juga PELITA JAYA yang bermain di ISL masih diangg aprasmi oleh DJOHAR ARIFFIN

hanya saja..1bulan sebelum liga indonesia bermula..IPL di daftarkan secara rasmi ke FIFA

SAFEE SALI masih bolehmewakili MALAYSIA sebab dia sudah terlebih dahulu bermin di ISL yang pada mula nya dianggap rasmi walaupun sekarang sudah tidAk rasmi..paling-paling tidak dia hanya akan di DENDA oleh PSSI SB BERMAIN di ISL yang sudah tidak rasmi

jika FAM tidak mengambil tindakan dengan BAN/HUKUM ''SAFEE SALI'' so..dia still masih boleh mewakili MALAYSIA di peringkat antarabangsa

BUKTI nya...SAFEE SALI masih bermain mewakili MALAYSIA vs INDIA walaupun pada masa itu DJOHAR ARIFFIN KETUA PSSI sudah anggap ISL itu TIDAK RASMI

ini hanyalah MASALAH INTETRNAL persatuan bolasepak INDONESIA...tiada kaitan dengan SAFEE SALI...

kene ingat..SAFEE SALI sudah perpanjangkan kontrak dia JULY lalu..jika dia ''MERASA'' terancam akan di BAN FIFA takdapat wakili MALAYSIA..pasti sudah lama dia PUTUSKAN KONTRAK..atau KELAB PELITA JAYA lepasksan kan dia...

SAFEE SALI sudah lama dalam bidang bolasepak pastidia lebih mengetahui baiik buruk dan masalah sebenar yang bakal dia hadapi...

KESIMPULAN

1-SAFEE SALI masih dapat mewakili MALAYSIA andai FAM tak masuk campur masalah internal PSSI

2-SAFEE SALI tidak bersalah dan tak melanggar peraturan FIFA dengan sengaja sebab dia sudah bermain di ISL ketika liga itu masih rasmi dan dia harus bermain terus sebab dia sudah ade long term kontrak dengan kelab yang telah dia perbaharui ketika ISL masih RASMI.






  safee (kapten) bersama PELITA JAYA FC ( indonesia)





semangat KELATE !

"Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.

Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada. Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.

Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2010. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.

Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.

Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.

Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan bakal tersisih. Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan di pandang sinis dan di lihat macam "makhluk asing ". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.

Dalam kes royalti, suatu sikap yang aneh lagi pelik apabila ada orang Kelantan tidak "satu hati" menuntut hak negeri mereka sendiri. Alangkah peliknya nama-nama besar seperti Awang Adek, Mustafa Mohammad, Ibrahim Ali dan Anuar Musa "bersungguh-sungguh" menafikan hak Kelantan mendapat royati minyak.

Lagak Awang Adek "menepis" poster Royalti Minyak amat meloyakan rakyat Kelantan. Macamlah Awang Adek itu lahir kat New York atau Dhaka ! Barangkali Awang Adek sudah lama bersarapan buger atau pizza. Budu sudah tiada dalam benak kepala calon MB UMNO Kelantan itu.

Begitu juga dengan Mustafa Mohammed. Beriya benar Tok Pa bersama orang Putrajaya halang royalti minyak. Utamakan Putrajaya daripada Jeli dan Kota Bahru.

Mereka semua punya pengaruh di Putrajaya. Mereka juga anak jati Kelantan. Mana dia sifat jati diri, kesatuan komuniti dan sayang kepada bumi kelahiran ?

Berlainan isu pampasan Empangan Pergau tahun 1991 dahulu. Semua rakyat Kelantan "satu hati" menyokong tuntutan TG Nik Aziz terhadap pampasan dari TNB.

Kalau PMNajib menentang hak royalti Kelantan, itu bukannya suatu yang pelik. Tetapi ini mereka adalah anak kelahiran Jeli, Bachok, Melor dan Pasir Mas. Bukan lahir kat Pekan !

Mungkin pembesar-pembesar Kelantan ini sudah lama tidak makan budu, kecek bahasa luar dan asyik bergaul dengan orang Kuala Lumpur.

Barangkali pembesar-pembesar ini perlu di "peram" sekali lagi dalam tempayan budu bagi melalui proses semula menjadi "Ore Kelate Ori ""





 
   semangak kito dimana-mana sahaja !

Fakta : Ini Adalah Cerita Tentang Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi adalah produkKelantan FA ..Dilatih oleh coach keeper Ismail Chaawailit sehingga menjadi bintang MALAYSIA ketika ini ..dari seorang nekas GK peringkat umur,Apek dirijek oleh coach u19  Malaysia sehingga balik ke Kelantan tanpa punya apa-apa ..

Kelantan mengontrakkan pemain ini untuk piala president,tetapi langsung tidak menunjukkan persemabahan cemerlang ..namun ismail tetap fokus mengajar Apek dari segi ketahanan,kekuatan,mental,fokus untuk game-game sehingga membuka mata coach TRW serap dalam team first game senior vs T-Team dimenangi Kelantan 1-0 ...

selepas itu , Apek mula bermain dengan cemerlang dan menjadi pilihan no.1 dengan Syed Adney Syed Hussein dah Shahrizan Ismail kehilangan tempat.pernah kedengaran kata-kata dari peminat Kelantan di stadium "Gk mari mano ni,aii tok yakin aq gakk kalu keper ni,bodo doh la,bakpo g masokk apek"..tapi dia menepis segala komen tersebut sehingga menjadi pujaan peminat pada perlawanan seterusnya ..

selepas dipanggil malaysia,dia menjaddi pilihan utama Raja untuk piala AFF selepas Sharbinee tidak diyakini membawa malaysia muncul juara ..
balik malaysia,coach  keeper Harimau Malaya naik nama kerana melatih Apek sehingga berjaya ..mana jasa dan hak ismail selaku coach keeper apek di Kelantan sehingga terpilih ke dalam skuad Malaysia ..




copy (tere2 oyak ni copy) :RedsFc,TRWcsuppoerters

game kelanatn DECEMBER 2011

game-game yang bakal KELANTAN  lalui


10 disember :  KELANTAN VS T-TEAM

25 disember : KELANTAN VS KUALA LUMPUR
31 disember : KELANTAN VS TERENGGANU

~kesemua game akan diadakan di Staium Sultan Muhammad Ke-4 (ssm-IV)
~tiket RM10.00 (mungkin)
Info Terbaru : Kelantan akan mengadakan perlawanan International Club (Yayasan Persahabatan Malaysia – Indonesia – Permai Troph ) menentang kelab Persebaya Indonesia pada 23 Disember 2011 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dan 28 Disember 2011 di Surabaya, Indonesia. Kemungkinan perlawanan ini akan disiarkan di stesen TV Indonesia.

game ditempat lawan (AFC) GROUP H

::  navibank saigon VS Kelantan
   :8.00 pm

   :selasa,24 april,2012
   :Thong Nhat Stadium

:: Arema Fc VS Kelantan
  :selasa,10 april,2012
  :7.00 pm
  :Kanjuruhan Stadium

:: Ayeyawady United VS Kelantan
  :rabu , 21 mac , 2012
  :8.00 pm
  :Panthein Stadium


      kite maseh lagi HOT !
sumber : TRWCsupporters

Super warriors 2012 ..

Penjaga Gol
1 Khairul Fahmi Che Mat (Jersi 19)
2 Mohd Shahrizan Ismail (Jersi 1)
... 3 Syawzwan Yusof (Jersi 20)

Pertahanan
1 S. Subramaniam (Jersi 3)
2 Farisham Ismail (Jersi 6)
3 Rizal Fahmi Rosid (Jersi 17)
4 Aziz Ismail (Jersi 11)
5 Nik Shahrul Azim (Piala Presiden) (Jersi 5)
6 Daudsu Jamaludin (Jersi 15)
7 Zairul Fitree Ishak (Jersi 24)
8 Azizi Mat Rose *Baru* (Jersi 2)

Tengah
1 Badri Radzi (Jersi 16)
2 Shakir Shaari (Jersi 8)
3 Izuan Salahudin (Jersi 26)
4 Nurul Azwan Roya (Jersi 12)
5 khairul Izuan Rosli (Piala Presiden) (Jersi 27)
6 S Chanturu (Jersi 23)
7 Norfarhan Mohamad *Baru* (Jersi 10)
8 Indra Putra Mahayudin *Baru* (Jersi 13)
9 Emmanuel Okine (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 4)
10 Zamri Ramli (Jersi 14)

Penyerang
1 Norshahrul Idlan Talaha (Jersi 9)
2 Ramzul Zahini Adenan (Jersi 7)
3 Aris Zaidi (Piala Presiden)(Jersi 28)
4 Mohd Ghaadar (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 22)
5 Denny Antwi (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 18)
6 Azlan Ismail **Baru** (Jersi 25 . admin rozee @ AR

kelate ..GKG !




hokk kit0 jugokk biso !

gomo kelate gomo !!


info terbaru :  KELANTAN JUARA ragbi piala agong 2011 ..
    KITA MUNCUL JUARA SELEPAS MENEWASKAN PAHANG 35-20 ..

xlehh bola  .kit0 gomo ragbi pulokkkkkkkkkkkkk ....!!!!!!!!!1

peny0kom marah bila amirulhadi ucap selamat tinggal




tu kan hakk amirul ..
ske ati dy0 laa nak  ucap selamat tinggal ko , selamat tahun baru ko , merry christmas ko ...
dan unt0kk si panas baran tuhh .. ARWAH MOKHTAR DAHARI TIADA GALANG GANTINYA ..


hak cipta terpelihara olehh : shamil

Player Kekal bersama TRW 2012

PLAYER BERSAMA TRW MUSIM 2012 :

GOALKEEPER :

1.KHAIRUL FAHMI CHE MAT (APEK)

2.SHAHRIZAM ISMAIL (MAT CHAH)


DEFENDER :

1.S.SUBRAMANIAM

2.FARISHAM ISMAIL

3.RIZAL FAHMI ROSID

4.MOHAMMAD ABD.AZIZ

5.DAUDSU JAMALUDDIN

6.NIK SHAHRUL AZIM

7.ZAMRI RAMLI



MIDFIELDER :


1.MOHD BADRI RADZI (PIYA)

2.SHAKIR SHAARI

3.IZUAN SALAHUDDIN

4.KHAIRUL IZWAN ROSLI


STRIKER :


1.NOR SHAHRUL IDLAN TALAHA

2.S.CHANTURU

3.RAMZUL ZAHINI ADENAN

4.NIZAD AYOUB

5.ARIS ZAIDI




PLAYER BARU BERSAMA TRW 2012 :


~4 dri 6 player import tempatan dah konferm(TSAM)

~3 player import luar dah konferm (TSAM)


*NURUL AZWAN ROYA belum sign kontrak (TSAM)



SUMBER INFO :
wawanfaiz.com








lego dengar ..

lego ser0 bilo dapat athu hokk PIYA , APEK , MATYO kekal lagi dale TRW 2012 ..fuhh


sek-sek dy0 ny0h maen sedak ..
xd0k sek-sek dy0 gakk ..
berat laa sek kit0 ..
trim0 kaseh mty0 sebab masehh sudi nokk maen dale TRW 2012 ...
dan selamt datang ke trw PETER JAMES BUTLER ..
moga-moga anda dapt meningkatkan lagi team TRW  pada 2012 ..


GOMO KELATE GOMO !

puahh hati ?

guan0 crit0 fu0k fu0k kit0 ?

beyehh blak0 ?
puah ati k0 dopp denge kekalahe bergand0 baru nim ?

"JUARA ASIA TENGGARA TUNDUK KEPADA JUARA ASIA"
"HARIMAU MUDAH DITUNDUKKAN OLEH KANGGARU"
ni hokk malaysia ..

"SANG KIJANG TEWAS DI TEMPAT SENDIRI"
SANG KIJANG TUMPAS DENGAN JIRAN SEBELAH"

game hokk 2 nehh amb0 x ser0 lahh mn0 kekall0he ..
keh game freindly jah nehh ..xs0hh dukk bimbe laa adek kak0kk ..

mehh amb0 nokk 0yakk sikekk ...
kelate   kalohh baru nimm t0kk jdi hal lah mn0 eh..klate     baru nim tur0m takk d0kk pemain soh0rr ..
            baru nim p0m maen kehh n0kk uji  pemain imp0rt kit0 tuhh jahh ..
  hokk klate nehh bulehh laa amb0 0yakkk sikek sikekk .. 
tapi h0kk  MALAYSIA keno goreng kaw kaw nge australia baru nimm sek sek dem0 ken0 tany0 
KING GOBAL  kito laa dechh ..







TUTUP BUKU HAL HOK LEPAS DOH !

 kit0 bukok crit0 pasal game male es0p pul0p ..
buleh k0 dopp sekk kit0 nokk lawe  GANU  nuhh ?
 




senarai pemain malaysia VS australia ..

1.Apek
2.Mahalli Jasuli
3. Mohd Farisham
4. Asraruddin Putra
5.Norhafiz Zamani
6.Joseph Kalang
7.Mat Yo
8. Safee Sali
9. Zubir Mohd Azmi
10.Amar Rohidan
11.Khyril Muhymeen
12.Gurusamy
13.Kunalan
14.Wan Zaharul Nizam
15k..Reuben
16. Faizal Muhammad
17.Izzaq Faris
18.Yong Kuong Yong
19.Farizal Marlias
20.Baddrol Bakhtiar
21.Muslim Ahmad
22. ShahrizalSaad

moga moga gandingan maty0 dan safee dapt memberi saingan kepada team australia ..insya-ALLAH !

subhanallahh !



perhatikan  bt0l2 gambr ni ..
betapa besar kuasa ALLAH ..

kelate kit0 !

pasukan KELANTAN atau lebih dikenali sebagai THE RED WARRIORS tersenarai dalam ranking 400 kelab terbaik di DUNIA !

kelantan yang menduduki tangga ke-301 itu telah memenangi 3 buah piala pada tahun 2011 iaitu 
PIALA SUMBANGSIH,LIGA SUPER DAN PIALA PRESIDENT YANG DIMENANGI OLEH KUMPULAN JUNIORS ..kelantan juga menyandang selaku naib johan dalm piala fa setelah tewas 2-1 olehh terengganu ..

KEMAHH KELATEKU !
GOMO KELATE GOMO !

sokongan kami zaman berzaman !

bertemu lagi

   suku akhir pertama :
                                   10.10.11
                                     :ssins(gannu)

                                   suku akhir kedua:
                                   :14.10.11
                                   :ssmIV(kelate)





mampukahh terengganu mengulangi kemenangan mereka pada  final piala fa yang lalu ?



mungkinkah dendam sangkijang terhadap sang penyu bakal terbalas ?
sam0 sam0 kit0 tunffu dehh lak0  lak0 terr ..

GOMO KELATE GOMO !
PETEH GANU PETEH !

kelate--> kit0 bak0 berani ..
ganu->sep kit0 nelang ..



ag0p2  team man0 bulehh gi SSBJ tahunn nih ?

WORDLESS SUNDAY

ACU TERA TRY TEST CUBA UJI teng0pp gmbr2 ni dechh..




pemain pinjaman daripada pahang : azzamuddin akil

the kapten !

apekk

nn kita !




penggempurr berbisa kelantan

 ada sedikit perubahan pada jersey away TRW

 menjaringkan gol pertamanya dalam saingan piala malysia ketika menentang sarawak yang berkesudahan seri 1-1

semangat anokk kelate !

kesebelasan utama ketika menentang sarawakk ..
sumber:wawanfaizz

skuad dan pengurusan bola sepak kelantan 2011

mber : 0ren kechikk



sumber ; 0ren kechikk

ultrAs : the red mania







kelantaN kembAli kuAsai cartA !

credit : bolasepak malaysia


walaupun KELANTAN berkongsi mata dengan FELDA UNITED FC,
namun  pasukan timur ini yang lebih dikenali sebagai THE RED WARRIORS merampas kedudukan teratas carta daripada FELDA UNITED dengan perbezaan jaringan ..




Namun pertembungan antara KELANTAN DAN JOHOR FC agak mengecewawkan penyokong penyokong the red warriors yang hanya seri 1-1   .




GOL KELANTAN:AZAMUDDIN AKIL
GOL JOHOR FC:AKMAL MD NOR




Full Time Pusingan Ke-5 Piala Malaysia 2011:
= Sarawak 1 - 0 Felda United FC
= PDRM FA 1 - 4 Selangor
= T-Team 1 - 1 Kuala Lumpur
= Johor FA 1 - 2 Perak
= Johor FC 1 - 1 Kelantan
= Sime Darby 1 - 2 Negeri Sembilan
= PKNS FC 0 - 1 Terengganu
= Kedah 1 - 0 Sabah

Pasukan Yang Sudah Layak Ke Suku Akhir:
= Perak
= Negeri Sembilan
= Terengganu
= Kelantan
= Felda United FC

*copy MALAYSIA NATIONAL FOOTBALL TEAM