malaysia vs australia

al0haa  !!
 s0wie saya tahu saya lambat p0st ab0ut this ..
  mungkin semua dah tahu tentang australia yang ingin bertemu dengan skuad kebangsaan negara kita ..
k0rang rase team kita b0leh menang tak ?  ( mestila boleh ,apa punya soalan daa )
skuad kebangsaan dibawah bimbingan datuk k.rajagopal akan bertandang ke sydney 7 oktober ini ..

Pelawaan Australia itu ibarat orang mengantuk disorongkan bantal buat FAM yang berdepan kesukaran mendapatkan perlawanan berkualiti buat skuad kebangsaan selepas gagal mara ke peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia apabila tumpas kepada Singapura menerusi agregat 6-4 sebelum ini.


Ini terbukti apabila skuad kebangsaan yang berkumpul pada awal bulan lalu hanya menjalani latihan biasa tanpa perlawanan persahabatan antarabangsa selepas gagal mencari pasukan bagi menggantikan Oman dan Indonesia yang membatalkan perlawanan yang diatur pada awalnya.

Selain memiliki reputasi selaku juara Asia Tenggara, Malaysia menjadi pilihan Australia yang dibimbing jurulatih Jerman, Holger Osieck sebagai persiapan sebelum menentang Thailand pada pusingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia pada 15 November ini.


“Australia akan menentang Thailand dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, mungkin mereka mahu mencari pasukan dari rantau ini untuk dijadikan ujian sebelum menghadapi perlawanan itu,” katanya.


No comments:

Post a Comment

ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr