Kelantan akan berkunjung ke Stadium MP Selayang untuk menentang Felda United FC bagi saingan ketiga pusingan pertama perlawanan kumpulan C saingan Piala Malaysia 2011. Kedua – dua pasukan ini telah berjaya mengutip 6 mata maksimum hasil dari dua perlawanan awal. Masing – masing bersaing hebat untuk menduduki carta teratas Kumpulan C. Kini Kelantan berada di atas carta dengan kelebihan jaringan.Rekod pertemuan Kelantan dilihat agak cemerlang pada tahun ini berbanding pada tahun 2010. Pada tahun 2010, Kelantan tewas 0 – 1 & 0 – 4 kepada Felda United FC dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Kota Bharu & Cheras. Sepanjang enam pertemuan Kelantan dengan Felda United, Kelantan telah mencatat 3 kemenangan, 1 seri & 2 kekalahan. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan – Felda United FC :
Friendly Match 2010 : Kelantan [0] vs [1] Felda United | SSMIV
Friendly Match 2010 : Felda United [4] vs [0] Kelantan | Stadium Cheras
Piala FA 2011 QF1 : Kelantan [2] vs [2] Felda United | SSMIV
Piala FA 2011 QF2 : Felda United [0] vs [3] Kelantan | SSMIV
Liga Super 2011 : Kelantan [6] vs [0] Felda United | SSMIV
Liga Super 2011 : Felda United [1] vs [3] Kelantan | Stadium Cheras

piala fa 2011 : kesebelasan utama

piala fa 2011:kesebelasan utama
Pemain – pemain Kelantan pula harus menjadikan perlawanan menentang Johor FC tempohari sebagai suatu pengajaran berguna untuk bertemu Felda United malam ini, kerana nyaris diaibkan “Sang Lebah” sebelum Ramzul Zahini Adenan tampil menyelamatkan Kelantan dengan gol kemenangan beliau pada minit – minit akhir perlawanan untuk perlawanan berkesudahan Kelantan menang tipis 2 – 1.
Tiga mata pada malam ini menjadi buruan kedua – dua pasukan untuk menentukan calon pendahulu kumpulan bagi meneruskan saingan pusingan kedua dalam Kumpulan C. Perlawanan malam ini antara Felda United FC melawan Kelantan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 pada jam 8.00 malam.
live at ASTRO ARENAAyuh semua penyokong – penyokong setia The Red Warriors yang berada di sekitar Lembah Klang agar ramai - ramai memenuhi Stadium Selayang untuk menyokong pasukan kesayangan kita Kelantan The Red Warriors.

Foto : Wawan Faiz, Userun Photography
Graphic Wallpaper : Md Ery Studio, Astro Arena
Ditulis oleh : Nick Hafiz
credit--> TRWC SUPPORTERS
No comments:
Post a Comment
ngepek sikit fu0k fu0k kit0 terrr