profil sek-sek dyo


BADRI RADZI ATAU PIYA

Badri Radzi adalah seorang lagi pemain kelahiran Kelantan generasi baru yang boleh dianggap sebagai wajib dalam kesebelasan utama jurulatih. Memiliki gaya permainan yang tenang dan bersahaja Badri Radzi yang juga dikenali sebagai 'Piya' sentiasa menjadi duri dalam daging untuk pasukan lawan. Dek kerana pemain ini mempunyai pengaruh yang boleh dikatakan kuat dan dihormati, beliau diberi tugas sebagai 'kapten' kepada pasukan Juala Liga Malaysia 2011 iaitu Kelantan. Ketika tumpuan pihak lawan terarah kepada pemain penyerang, Badri Radzi sentiasa mengukir namanya sebagai peledak.
Sentuhan Badri Radzi juga amat berbisa. Bermain di posisi 'attacking midfielder' pihak lawan sering mengabaikannya menjadikan dia sentiasa mempunyai peluang untuk meledak gol.
Pemain yang dilahirkan pada 20 september 1984 ini juga bertindak sebagai wira Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 pertembungan dengan Negeri Sembilan. Pada perlawanan tersebut Kelantan menang 2-1 menjadkannya sebagai sejaran untuk bola sepak Kelantan apabila mereka berjaya membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan untuk pertama kalinya.
Badri Radzi juga memiliki kemahiran sepakan percuma yang mengingatkan beliau kepada lagenda bola sepak Kelantan yang terdahulu iaiyu Hashim Mustapha. Namun kejayaan Badri Radzi mungkin lebih bersinar setelah berjaya menjulang beberapa piala iaitu Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Malaysia 2011.


NORSHAHRUL IDLAN ATAU MATYO
Norshahrul Idlan Talaha merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Kelantan FA di Liga Super Malaysia.Beliau dikenali sebagai The Linesman. Beliau sering kali mencipta peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol serta tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol !!
Karier Norshahrul bermula dengan mewakili UPB MYTEAM. Kelantan memikat Norshahrul sejurus selepas Norshahrul membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea pda 2009.  Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.


DAUDSU JAMALUDDIN
Mohd Daudsu Jamaluddin (lahir pada 18 Mac1985 di Kota BharuKelantan) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Kelantan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Daudsu memulakan kerjaya bola sepak bersama skuad Kelantan TNB. Dia kemudiannya menyertai Kelantan FA dimana dia hanya bertahan selama semusim. Daudsu kemudian berhijrah ke Johor dan menyertai Johor FC. Pencapaian terbaik Daudsu bersama Johor FC ialah membawa pasukan itu ke separuh akhir Piala Malaysia 2008.
Daudsu membuat penampilan pertama bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 zon Asia menentang Bahrain. Dia merupakan salah seorang tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007. Pada tahun 2008, Daudsu terpilih untuk menentang Chelsea F.C. tetapi tidak diturunkan semasa perlawanan. 
         Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011 & Juara Liga Malaysia 2011 merupakan antara kejayaan manis Daudsu bersama Kelantan !!


Sedikit sebanyak sumber diambil dr Wikipedia !!
(Kelatesoccer.net)

Hari Ini : Kelantan Vs Terengganu

selepas kelantan tewas pada aksi Unity Cup baru-baru ini ..
kelantan akan mengadakan perlawanan bersama terengganu  ..

Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Masa : 8.40

kemungkinan besar pemain-pemain akan bermain dengan Jersi baru dan semangat baru !! (cehh)
              

 GOMO KELATE GOMO

jangan bersorak ketika menang jika tidak mampu menyokong ketika tewas !

KENALI PREAH KHAN REACH FC, BAKAL LAWAN KELANTAN DI PIALA FA 2012

*credit : MG 


         FAM memutuskan untuk meluluskan permohonan sebuah kelab Kemboja, Preah Khan Reach FC untuk beraksi dalam saingan Piala FA 2012 bagi menggantikan pasukan Harimau Muda B.

Kehadiran  Preah Khan Reach FC pastinya akan merubah lanskap pertandingan dalam kumpulan B yang turut disertai oleh pasukan Kelantan, Kedah, Pahang dan lain-lain.

Sekiranya Kelantan berjaya menundukkan lawan mereka di pusingan pertama dan kedua, besar kemungkinan Kelantan akan berhadapan dengan kelab Kemboja ini di saingan suku akhir nanti.

Preah Khan Reach FC turut berpeluang ke suku akhir jika dilihat pada laluan mereka yang agak mudah berbanding dengan pasukan lain.

Preah Khan Reach FC ialah antara kelab yang terbaik di Kemboja dan menduduki tempat ke 3 pada saingan Liga Kemboja Metfone 2011 dibelakang Phnom Penh Crown dan Nagacorp FC. 

Mereka turut memenangi Piala Hun Sen 2011 setelah menundukkan Build Bright United pada perlawanan akhir hasil jaringan penyerang berbahaya mereka iaitu Khuon Laboravy dan Sam El Nasa.

PREAH KHAN REACH LAND HUN SEN CUP 2011
Khuon Laboravy merupakan penjaring terbanyak bagi PKR FC
Khuon Laboravy merupakan bintang dan penyerang utama PKR FC serta  berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring kedua terbanyak Liga Kemboja Metfone dengan 14 gol.

Dia juga merupakan penjaring terbanyak dengan 22 gol dalam kejohanan Piala Hun Sen 2011 dalam saingan kalah mati yang melibatkan 28 pasukan daripada seluruh Kemboja.

PKR FC juga turut mempunyai 7 orang pemain yang beraksi dengan pasukan kebangsaan Kemboja termasuk Khuan Laboravy, Sam El Nasa, Tum Saray dan penjaga gol, Ouk Mik.

Kelab ini akan beraksi hanya dalam saingan Piala FA sahaja dan tidak akan terlibat dalam Piala Malaysia dan Liga Super seperti Singapura XI.

Mereka dibenarkan oleh FAM untuk beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai stadium utama dan semua perbelanjaan akan ditanggung oleh kelab tersebut.

Sumber dan gambar: www.preahkhanreachfc.com

KIJANG VS PENYU: KELANTAN BAKAL MENGUJI PASUKAN 'TERBAIK' MALAYSIA

                                                                                                         *credit : mugonopak


         Kelantan akan mengakhiri sesi perlawanan persahabatan pra musim Liga Super Malaysia dengan menentang juara Piala FA, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada 31 Disember ini.

Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Terengganu bakal menjadi pasukan terkuat bagi musim hadapan kerana berjaya mengekalkan pemain utama mereka seperti Ashaari Samsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Joseph Kallang Tie.

Terengganu juga bakal diperkuatkan dengan beberapa 'nama besar' daripada pasukan Harimau Muda A seperti Muslim Ahmad, Shukor Jusoh dan Mohd Zubir Azmi.

Walaupun 'ditinggalkan' oleh jurulatih yang memenangi 'Anugerah Jurulatih Terbaik 2011', Haji Irfan Bakti, namun sang penyu dilihat mempunyai cukup ramuan bagi muncul sebagai pasukan pilihan bagi musim hadapan.

Bagi Kelantan, kepulangan trio Indra Putra, Norfarhan dan Azizie Mat Rose dilihat dapat mengembalikan sengat yang seakan hilang daripada The Red Warriors pada musim lepas.

Jentera serangan Kelantan musim 2012 juga dilihat mampu membawa kejayaan bagi The Red Warriors bersandarkan kemahiran dan potensi yang dimiliki oleh Norshahrul Idlan, Danny Antwi dan Muhammad Ghaddar.

Pertemuan malam esok juga bakal menjadi ujian pertama kepada kedua-dua jurulatih 'baru' yang kembali mengetuai pasukan yang sama-sama pernah mereka kendalikan sebelum ini.

Mat Zan Mat Aris dan Peter James Butler sememangnya mempunyai barisan 'bintang dan pahlawan' yang perkasa dan berupaya untuk mendominasi pentas saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

apexx oh apexx - masukk GLAM la pulokk !

 * uduh banga .. hahah jange amrohh



KUALA LUMPUR – Penjaga gawang gol skuad bola sepak Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, ternyata popular dan semakin hari semakin hangat. Terbaru, dia terpilih untuk menjadi penghias kulit hadapan majalah GLAM Lelaki dengan aksi yang bukan sahaja macho, malah juga seksi.
Dia menghiasi kulit majalah itu bagi edisi Januari/Februari 2012. Khairul Fahmi, 22, beraksi di depan lensa dengan seorang model, Anastascia yang seolah-olah sedang membuka baju Apex dari belakang. Majalah GLAM yang mengiktiraf kehadiran Apex di dunia selebriti itu dipercayai bakal menarik ramai peminat untuk memiliki majalah edisi itu setelah turut menampilkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai Madonna untuk edisi khas Januari/Februari ini.
Gambar kulit depan yang tersiar di Mediamalaya.com yang memetik dari ruangan forum terkenal, Cari.com.my tersebut turut dicetak tajuk Apex sebagai “The World Class Goalkeeper” (penjaga gol bertaraf dunia) dan dipercayai akan menceritakan kehebatan aksi Apex mengawasi pintu gol skuad bola sepak negara.
Perkembangan ini agak mengejutkan kerana sebelum ini, Apex pernah dilaporkan seolah-olah ingin bersara awal dari karier bola sepak setelah dihujani pelbagai kontroversi yang membabitkan diri dan aktiviti sosialnya. Persoalannya, apakah Apex benar-benar serius dengan kenyataan ‘merajuk’ tersebut dan beralih arah ke bidang peragaan?
Jika benar, apakah negara dan skuad Harimau Malaya bakal kehilangan seorang penjaga gol yang sangat berpotensi serta berpengalaman seperti Khairul Fahmi Che Mat?
Namun,  Apex telah membuktikan bahawa dirinya mampu menjadi fenomena dan memiliki ‘aura’ yang berjaya menarik ramai pihak untuk terus menyokongnya, khususnya setelah mempertahan dan menewaskan skuad Garuda di tempat lawan pada Sukan Sea di Indonesia baru-baru ini.

--> info dari sumber NI

PERSEBAYA FC MAHU KHAIRUL FAHMI CHE MAT DITURUNKAN RABU INI

                                                                                                        *credit : mugonopak


*aksi khairul fahmi ketika menyelamatkan tendangan penalti di sukan sea palembang






Ketibaan pasukan Kelantan telah diberikan sambutan yang meriah dan mesra oleh penyokong-penyokong serta pegawai pasukan Persebaya FC sebentar tadi.

Antara pemain yang mendapat perhatian utama media dan penyokong Persebaya ialah penjaga gol kebangsaan, Khairul fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan penyerang import, Muhammad Ghaddar.

Pegawai perhubungan awam Persebaya FC, Ram Surahman menyatakan bahawa Khairul Fahmi Che Mat amat dikenali oleh peminat bola sepak di Indonesia sebagai salah seorang penjaga gol yang terbaik di rantau ini.

Beliau mengharapkan agar Khairul Fahmi dapat diturunkan pada aksi menentang Persebaya nanti setelah dia direhatkan ketika perlawanan pertama di Kota Bharu.

Khairul Fahmi merupakan penjaga muda dari pasukan kelantan yang telah membantu pasukan kebangsaan Malaysia menundukkan pasukan kebangsaan Indonesia senior dan bawah 23 tahun di kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dan perlawanan akhir Sukan Sea Palembang 2011.

Ironinya, Khairul Fahmi telah muncul sebagai penyelamat gawang Malaysia dengan menyelamatkan sepakan penalti pemain Indonesia di kedua-dua kejohanan tersebut.

Sudah semestinya kelibat Khairul Fahmi bakal dinantikan oleh penyokong fanatik Persebaya dan mereka akan mengharapkan supaya pemain Persebaya seperti Andik Vermansyah dan lain-lain supaya berusaha lebih keras untuk menembusi gawang Pasukan Kelantan.










don't worry la beb ..

haritu , bising sana sini yang kononnye SAFEE SALI tak boleh maen bola ngan malaysia lagi ..
rilexx laa , 
baca kat bawahh ni dulu ..

sebelom tu , tarik nafas , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus , tarik , hembus .. *ulang ni semua sampai korang rasa emput ..hehehe

Jangan Risau peminat-peminat bolasepak malaysia...Safee Sali masih boleh main bersama Malaysia ini infonya..

INFO: mengenai ISU ''SAFEE SALI'' bermain di liga indonesia ISL=INDONESIA SUPER LEAGUE yang tak di iktiraf PERSATUAN BOLASEPAK INDONESIA (PSSI)..harap semua bawa tenang dan jangan cepat buat andaian atau kesimpulan SEBAB ..SAFEE SALI masih boleh bermain mewakili MALAYSIA sebab :

FAKTA YANG PERLU RAKYAT MALAYSIA FAHAMI

ISL pada mula nya adalah LIGA RASMI di INDONESIA...sebelum WUJUD IPL=INDONESIA PRIMIER LEAGUE..dulu yang tak rasmi adalah IPL

sejak ddi lantik ketua PSSI yang baru DJOHAR ARIFFIN...dulu beliau dan ''konco'' nya yang menubuhkann IPL (liga tidak rasmi) walaupun pada masa itusudah ada ISL yang rasmi

ssetelah beliau jadi ketua PSSI yang baru...IPL liga yang dia tubuhkan di jadikan RASMI..dan ISL dia''black list''

sebab kenapa beliau dahulu menubuhkan IPL adalah kerana masa itu ISL penuh dengan masalah..jadual selalu berubah..kelolaan tidak teratur..pengadil juga teruk..sampaikann salah satu kelab di sana PERSIB BANDUNG yang pada masa itu bermain di ISL (ligarasmi sebelum DJOHAR ARIFFIN jd ketua) membuat surat untuk mmenyewa pengadil luar..dan 2 org pengadil malaysia di datangkann untuk mengadili perlawanan di sana 3x..

mereka-mereka yang menubuhkan IPL..dengan alasan untuk mewujudkan liga yang profisional dan adil..ssebab masa itu ISL (liga rasmi) banyak masalah dan lebih2 lagi hampir semua kelab ISL pdd masa itu bergantung pada DUIT PEMERINTAH=DUIT RAKYAT a.k.a APBN (isitilah di sana)..

IPL di tubuhkan untuk memperbaiki semua itu...

setelah DJOHAR ARIFFIN jd ketua..dia jadikan IPL=RASMI dan ISL=TIDAK RASMI

mengenai SAFEE SALI...dia sudah terlebih dahulu mewakili kelab PELITA JAYA sebelum DJOHAR ARIFFIN naik menjadi ketua dan ketika itu juga PELITA JAYA yang bermain di ISL masih diangg aprasmi oleh DJOHAR ARIFFIN

hanya saja..1bulan sebelum liga indonesia bermula..IPL di daftarkan secara rasmi ke FIFA

SAFEE SALI masih bolehmewakili MALAYSIA sebab dia sudah terlebih dahulu bermin di ISL yang pada mula nya dianggap rasmi walaupun sekarang sudah tidAk rasmi..paling-paling tidak dia hanya akan di DENDA oleh PSSI SB BERMAIN di ISL yang sudah tidak rasmi

jika FAM tidak mengambil tindakan dengan BAN/HUKUM ''SAFEE SALI'' so..dia still masih boleh mewakili MALAYSIA di peringkat antarabangsa

BUKTI nya...SAFEE SALI masih bermain mewakili MALAYSIA vs INDIA walaupun pada masa itu DJOHAR ARIFFIN KETUA PSSI sudah anggap ISL itu TIDAK RASMI

ini hanyalah MASALAH INTETRNAL persatuan bolasepak INDONESIA...tiada kaitan dengan SAFEE SALI...

kene ingat..SAFEE SALI sudah perpanjangkan kontrak dia JULY lalu..jika dia ''MERASA'' terancam akan di BAN FIFA takdapat wakili MALAYSIA..pasti sudah lama dia PUTUSKAN KONTRAK..atau KELAB PELITA JAYA lepasksan kan dia...

SAFEE SALI sudah lama dalam bidang bolasepak pastidia lebih mengetahui baiik buruk dan masalah sebenar yang bakal dia hadapi...

KESIMPULAN

1-SAFEE SALI masih dapat mewakili MALAYSIA andai FAM tak masuk campur masalah internal PSSI

2-SAFEE SALI tidak bersalah dan tak melanggar peraturan FIFA dengan sengaja sebab dia sudah bermain di ISL ketika liga itu masih rasmi dan dia harus bermain terus sebab dia sudah ade long term kontrak dengan kelab yang telah dia perbaharui ketika ISL masih RASMI.






  safee (kapten) bersama PELITA JAYA FC ( indonesia)